top of page

Pendahuluan

Sukan Borneo adalah pertandingan sukan olahraga yang diadakan pada tahun 1954, di Seria, Negara Brunei Darussalam diantara Negara Brunei Darussalam, Negeri Sarawak dan Negeri Sabah.

Dalam tahun 60an, beberapa jenis sukan telah dipertandingkan diantara tiga Wilayah Borneo ini seperti Bolasepak, Badminton, Hoki, Bola Keranjang dan lain-lain lagi mengikut sukan masing-masing.

Tetapi didalam tahun 70an semua pertandingan telah diberhentikan kerana beberapa faktor seperti kewangan dan sebagainya.

Pertandingan sukan diantara tiga (3) Wilayah ini terus diadakan dan dianjur oleh Persatuan Sukan di wilayah yang berkenaan sehingga masakini.

Bagi mempastikan bahawa sukan-sukan yang dipertandingkan di antara wilayah ini dapat digabungkan penganjuran nya, maka beberapa siri perjumpaan telah diadakan bagi membincangkan Penganjuran Sukan Borneo I.

Objektif

Diantara objektif Penganjuran Sukan Borneo adalah seperti berikut :-

1. Sebagai satu landasan terhadap kemajuan dan pembangunan sukan diantara Negara Brunei Darussalam, Negeri Sarawak, Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

2. Untuk mencungkil bakat ke peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa

3. Sukan Perpaduan dan Persahabatan serta sukan untuk semua dikalangan negara dan negeri yang mengambil bahagian

4. Untuk meningkatkan pengurusan dan kepegawaian sukan.

bottom of page