top of page
Majlis Sukan Negeri Sarawak.jpg

 

Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) telah di tubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971-Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan Jadual Kedua)1988. Secara rasminya MSNS telah diwujudkan pada 10 Oktober 1985 oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Visi

  • Untuk menjadi kuasa sukan di Malaysia menjelang tahun 2024


Misi

  • Untuk melatih dan menghasilkan tenaga pengurusan dan jurulatih sukan yang bertaraf antarabangsa.

  • Untuk melatih dan menghasilkan atlit yang bertaraf antarabangsa dalam sukan-sukan terpilih.

 

Objektif Umum MSNS

  1. Untuk membangun dan meningkatkan taraf dan mutu sukan, khasnya sukan berprestasi tinggi di Negeri Sarawak.

  2. Untuk mencapai pengiktirafan dan mempopularkan Sarawak menerusi sukan.

  3. Mencungkil, merangsang dan mengurus bakat-bakat sukan supaya dapat mencapai tahap potensi dan kecemerlangan yang paling tinggi.

  4. Memainkan peranan yang aktif dalam aspek pembangunan sukan di Negeri Sarawak.

  5. Membantu membentuk dan melahirkan masyarakat yang sihat, berbudaya dan berdisiplin menerusi sukan dan program-program pembangunannya.

 

Bidang Kuasa Dan Tanggungjawab MSNS

  1. Memberi nasihat serta cadangan kepada Kerajaan Negeri berhubung dengan isu-isu yang berkaitan dengan sukan, khasnya sukan berprestasi tinggi.

  2. Mengemukakan pandangan serta syor-syor kepada Kerajaan Negeri, di samping melaksanakan dasar-dasar yang telah diluluskan.

  3. Menggerak dan terlibat dalam pembangunan sukan di peringkat negeri dan kebangsaan.

  4. Menjalankan kajian dan penyelidikan berhubung dengan sukan.

  5. Memberi pengiktirafan kepada Persatuan sukan atau agensi untuk menguruskan aktiviti sukan di Negeri Sarawak.

  6. Mewujudkan Majlis Sukan Bahagian.

  7. Memohon peruntukan jika perlu dan menguruskannya untuk mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan.

bottom of page