top of page

Perutusan Pengarah

Salam sejahtera dan selamat datang ke laman web Majlis Sukan Negeri Sarawak.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Unit Teknologi Maklumat, Majlis Sukan Negeri Sarawak dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan laman web Majlis Sukan Negeri Sarawak.

Edited 1_edited.jpg

Dalam meniti arus kemodenan ini, tidak dinafikan laman web memainkan peranan yang amat penting kepada semua sebagai media penyaluran maklumat secara online kepada orang ramai.

Capaian secara dalam talian adalah satu teknologi yang sedang berkembang dengan pesat sejajar dengan salah satu daripada usaha Majlis Sukan Negeri Sarawak membantu sasaran kerajaan untuk meningkatkan penembusan jalur lebar dikalangan masyarakat di seluruh negara khususnya di Sarawak.

Telah menjadi visi Kerajaan Negeri untuk menjadikan Sarawak sebagai Pusat Kuasa Sukan di Malaysia pada masa akan datang. Majlis Sukan Negeri Sarawak merupakan organisasi sukan utama yang berperanan sebagai tunggak dan nadi penggerak dalam pembangunan sukan berprestij tinggi. Sehubungan dengan itu, Majlis Sukan Negeri Sarawak menyediakan kemudahan penggunaan internet sebagai medium komunikasi untuk beinteraksi dengan pengguna internet bagi mendapatkan maklumat mengenai pencapaian dan program sukan di negeri Sarawak.

Sebagai penghias bicara akhir, saya berharap agar dengan wujudnya laman web rasmi ini,  masyarakat  pada keseluruhannya dapat memperolehi maklumat terkini tentang program-program sukan kendalian Majlis Sukan Negeri Sarawak dari semasa ke semasa.

Selamat melayari laman web Majlis Sukan Negeri Sarawak.

 

Sekian, terima kasih.

Awang Putrayusrie Hj Awang Redzuan

Pengarah

Majlis Sukan Negeri Sarawak

 

 

“AGI IDUP AGI NGELABAN”

“MAJU SUKAN UNTUK NEGARA”

bottom of page